Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi secara prinsip bersetuju membenarkan gerakan koperasi di seluruh negara bagi menawarkan enam barangan keperluan asas dengan harga lebih murah berbanding pasaran.<br /><br />Barangan tersebut adalah dalam senarai skim kawalan harga termasuk ayam, gula, serta minyak masak.<br /><br />Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, mekanisme itu melibatkan ribuan kedai koperasi yang mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk mengedarkan produk-produk keperluan.
